Rakan...................maafkan, terkadang aku tidak mahu bercerita akan kisah aku pada anda semua, walau bagaimanapun aku sentiasa menghargai penghormatan dan pengorbanan anda semua selama ini.
Dan,.........................jika anda bertanya pasal sebuah jambatan yang yang sentiasa menjadi tempat persinggahan antara kami berdua, memang menggamit kenangan lalu & aku tertawa sendirian! Sememangnya masih kukuh lagi jambatan itu, setiap kali aku melaluinya sehingga ke hari ini … aku memberitahunya bahawa bagaimana kukuh jambatan itu, begitu juga kukuh persahabatan kami walaupun tiada khabar berita atas kesibukan seharian. Rasanya seperti baru kelmarin semuanya berlalu walaupun sudah hampir 30 tahun … ahhhh, begitu cepat masa berlalu ku rasakan. Bersyukur aku atas segalanya … tidak aku mensia-siakan waktu dan hari-hari aku …
Aku juga ingin memohon sejuta kemaafan kiranya selama ini tidak mampu untuk bersama-sama anda ke pulau, ke tengah laut, ke pantai, ke udara, ke tasik, ke lombong, ke utara dan selatan, semalaman bersama serta ke arena yang pernah kita kongsi bersama selama ini.
No comments:
Post a Comment