Friday, December 29, 2017

LANGKAWI 2016



Lawatan ke Langkawi kali ni dirancang oleh mantan staff teman. Rasa terharu dengan layanan serta program 3 hari 2 malam  yang diatur pada 8 hingga 10 Januari 2016.TQVM semua.

Hari pertama 8 Januari 2016

Sampai di Jeti Kuah lebih kurang jam 5.00 pteang terus dengan kenderaan sewa ke Pantai Chenang. Singgah makan malam sebelum ke chalet yang telah ditempah.






Hari kedua 9 Januari 2016

Ke Tasik Dayang Bunting.









 Hari ketiga 10 Januari

Ke Gunung Mat Chinchang



































Friday, December 22, 2017

MAKASAR- Samalona tetap dalam kenangan 2014

Lawatan ke Makasar dirancang bersama rakan yang pernah bertugas bersama pada suatu masa dulu. Semua perancangan dipersetujui melalui aplikasi whatsap. Setelah  semua bersetuju dengan lokasi dan tarikh lawatan, seorang rakan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tiket penerbangan serta jadual lawatan 4 hari 3 malam di Makasar. Lawatan ini seakan-akan merancang pertemuan di satu lokasi menarik. Tarikh lawatan adalah 24 hingga 27 Oktober 2014 melibatkan 10 orang.

Hari Pertama (24 Oktober 2014)

Setelah berkumpul di KLIA2 kami menyelesaikan beberapa perkara berkaitan seperti tiket, melantik bendahari, petugas urusan makan dan tukaran wang Indon. Sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin lebih kurang jam 4.00 terus ke Hotel Losari dengan van yang disediakan. Kedudukan hotel di tepi pantai memang menarik. Selepas makan malam terus bersiar-siar di sepanjang pantai yang dipenuhi dengan peniaga makanan. Hampir semua peniaga menjual makanan daripada pisang...... berbagai resepi.

........












Hari kedua (25 Oktober 2014)

Selepas sarapan di hotel terus saja bersiar tepi pantai. Memang cantik dan bersih.












Akhirnya semua bersetuju untuk pergi ke Pulau Samalona. Kebetulan juga telah ada bot yang sedia membawa kami ke pulau tersebut. Setengah jam juga perjalanan ke Pulau Samalona. Sebuah pulau kecil dengan pantai yang bersih. Terdapat lebih kurang 10 bua rumah yang mengusahakan peniagaan pelancungan. Kita boleh memilih rumah untuk makan tengahari secara santai. Pilih saja ikan yang telah dikurung dalam sangkar dan pilih menu. Tuan rumah akan menyediakan makanan secara tradisional....... tapi memeng bes masakan dia orang. Kita perlu bayar harga makanan dan sewa rumah.  Bersantai di pulau ni hingga petang dan pulang semula ke hotel pada waktu petang.







Tambah kapsyen







⇩⇩⇩ Tu tuan rumah dan juga tukang masak yang ramah mesra. Dah lupa nama........





⇩⇩⇩ Pertama kali lihat lesung sambal bentuk macam ni.......









Hari ketiga ( 26 Oktober 2014)

Lepas sarapan terus bersiar-siar sepanjang pantai. Hari ini ada serupa pasar disepanjang pantai. bermacam aktiviti dan jualan.  Lepas makan tengahari bersiar-siar tempat-tempat menarik serta mencari ole-ole.....

















⇩⇩⇩ pemandan sunset dari  balkoni hotel......



Hari  ke empat (27 Oktober 2014)

Hari ini sambutan Maulidur Rasul. JJalan tepi pantai depan hotel ditutup kerana ada perarakan. Menariknya perarakan diserati oleh belbagai kaum. Lepas sarapan terus ke bazar..... kalau tak salah nama pasar ikan. Ramai betuk orang dan bermacam barangan ada. Selepas makan tengahari terus ke lapangan terbang untuk balik ke KLIA2







Itulah kami yang pernah bertugas bersama dan terpisah atas keperluan perkhidmatan tetapi tetap akrab. Jika suatu masa dulu kami mesyuarat bersama , gelak ketawa bersama, makan bersama, berbeza pendapat demi mendapatkan keputusan bersama. Bekerja tanpa rasa cemburu, tanpa mencerca dibelakang, menghormati satu sama lain tanpa niat menjatuhkan sesama kawan, tiada juga umpama gunting dalam lipatan. Itulah yang membuatkan kami bersatu hati tanpa perlukan program dan falsafah "team building" bagai.
Alhamdulillh & Tqvm boss Amran yang membimbing kami.