Tuesday, September 18, 2018

BROMO...........teman datang lagi


Setelah kali pertama menikmati keindahan Bromo pada18 Nov 2016 hati sentiasa ingin kembali semula ke sana untuk kali kedua. Hasrat teman tercapai juga setelah merancang sejak Januari 2018  bersama rakan-rakan sekerja. Trip kali ini menggunakan khidmat ajen penlancongan bermula pada 7 hingga 11 September 2018. Seramai 19 orang termasuk teman bertiga sekeluarga.Bedasarkan pengalaman 2016, persiapan kali ini agak lebih rapi.
Emmm........ tu antara perkara wajib dibawa selain dari rupiah berjuta.






Hari Pertama:  7 September 2018 (Jumaat)

2.30 petang menaiki ETS dari Arau ke KL Sentral dan terus bermalam di Easy Hotel bersebelahan KL Sentral bagi memudahkan pergerakan ke KLIA 2 keesokannya.


Hari Kedua: 8 September 2018 (Sabtu)

7.30 pagi menaiki bas ke KLIA2. Sempat sarapan di Quizin sebelum check in. Sempat juga anak teman bergambar bersama objek yang disediakan.
















tiba di lapangan ternang Juanda pada jam 2.00 petang waktu Indonesia. Ketibaan kami disambut oleh supir Pak Moedji dan terus Terus ke Hotel The Win, Surabaya. Singgah solat di Masjid Al-Akbar yang terkenal dengan menara setinggi 99 meter, tapi tidak berpeluang naik menara tersebut kerana terlalu lewat







6.00 petang terus ke Pulau Madura untuk mencari lokasi menikmati nasi bebek. Rasa macam tiada apa yang istimewa di Madura. Terdapat banyak gerai jualan tepi jalan tapi kami tak singgah pun. Hanya singgah di Rumah Makan Tera' Bulan bagi menikmati nasi bebek tapi nasi bebek di sini tidaklah seperti yang dibayangkan kerana bebeknya tidak disertakan kepala. Tidak berpeluang pulak nak ambil gambar Jambatan Suramadu.





Hari Ketiga:  9 September 2018 (Ahad)

8.00 pg  Selepas sarapan di hotel terus melawat muzium sempeorna. walaupun bukan tempat tumpuan utama. Sekadar menambah pengetahuan sejarah perusahaan rokok kretek tersebut.




Singgah sekadar bergambar di mercutanda Surabaya, tapi tak masuk pun ke dalam zoo yang depan tu.





9.30 pg- 11.30 pg  Membeli belah di jambatan Merah Plaza dan terus makan tengahari. 2 jam kat Jambatan Merah ini rasa singkat jer.......he he

 


1.00 petang Singgah di kedai barangan kulit Tangulangin. Banyak juga habis rupiah kat kedai Permata Tangulangin ni. Tapi tak ambil foto pulak kat sini.

4.00 petang bertolak menuju ke Hotel Ratna Probolinggo tetapi ELF kami mengalami kerosakan tayar, tergendala di Pasuruan hamper 2 jam juga sebelum singgah di restoran Ayam Bakar Wong Solo




Hari Keempat: 10 September 2018 ( Isnin)

2.30 pagi dah ready untuk bertolak ke gunung Bromo. Dalam perjalanan tu singgah untuk meniki jeep. Tak pasti pulak apa nama tempat tu. Seterusnya singgah solat Subuh di masjid Al-Hidayah


Tiba di viewpoint menikmati matahari terbit lebih kurang pukul 4.45 pagi. Suasana dingin sangat kat situ












Seterusnya menaiki jeep ke dalam kawah ke kawasan  Pasir Bersisik sebelum menaiki kuda ke kaki gunung Bromo dan menaiki tangga ke kawah Bromo.  Pemandangan memang tetapi cuaca kurang menyenangkan kerana sekarang musim kemarau........ kering dan berdebu.












Lebih kurang pukul 11.00 pg terus betolak kembali ke Hotel Ratna untuk checkout dan bertolak ke bandar Malang. Dalam perjalanan ke Malang kenderaan sekali lagi mengalami kerosakan tayar meyebabkan terlewat tiba di Malang. Selepas checkin di Hotel Damar terus saja berehat kerana keletihan..... Kalau ikutkan rancangan asal malam ni kami ke BNS.

Hari kelima:  11 September 2018 (Selasa)

Pukul 8.00 pagi dah bertolak ke ladang apel ( wisata petik apel) di Kota Batu. setenha jam perjalanan sebelum sampai ke lokasi dan satu jam juga ler kat situ.






Bertolak balik ke Bandara Juanda kerana kapalterbang LionAir untuk pulang ke KL pada jam 5.30 ptg. Sempat juga singgah membeli cenderahati dan makan tengahari dan sekali lagi di Masjid Al-Akbar dan meniki menara 99 meter tu sebelum sampai Bandara Juanda.







Akhirnya menaiki ETS jam 11.30 malam  balik ke Arau dan tiba jam 5.00 pagi.


Perbelanjaan:

a) Pakej penacongan ( Flight, Van dan Penginapan)                               RM 900.00/orang
b) Makan                                                                                                  RM40.00 /orang/hari
c) Bayaran Taman Negara Bromo                                                           RM 63.00/orang
d) Wisata Petik Apel                                                                                RM 45.00 / orang
d) Menara Masjid Al-Akbar                                                                    RM2.00/ orang