Monday, May 25, 2009

Gabenor wilayah Satun.......... dah lupa nama dia

Friday, May 22, 2009

Pemandangan Penang.............................


Dari tingkat 28 BERJAYA.................... makin pesat! & dah nak sesat

Qso Hari Ni..........................

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang petang tadi, berkesempatan juga berQSO dengan rakan-rakan SP: 9w2PPK, 9w2CRE, 9w2NZR, 9w2RXL dan kontek perdana dengan 9w2DSL-pak Din

Wednesday, May 20, 2009

TIDAK DIDUGA


Hari ni menerima berita yang tidak diduga sama sekali. Tapi kena tunggu surat rasmi dari Pejabat SUK dulu sama ada akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Tuesday, May 19, 2009

DAULAT TUANKU........."Raja & Rakyat Berpisah Tiada"


Petang tadi menghadiri majlis jamuan Tuanku bersama rakyat di Dewan Wawasan sempena Hari Keputeraan Ke 66 Tuanku Raja Perlis.

Monday, May 18, 2009

MALAYSIA TANAH AIRKU

BERSAMA KITA JAYAKAN

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru Kepada Semua Pendidik. Khasnya kepada semua guru-guru ku. Terima kasih juga atas ingatan murid2 ku & kalian yang menyampaikan ucapan hari guru......... TQ

Nak kenal yang mana tebu,
Tebu manis rasaya,
Kerasnya tebu umpama rotan,
Nak kenal yang mana guru,
Guru halus budinya,
Tak kenal jemu mendidik watan.

Saturday, May 16, 2009

DI PKKKL..................


Hari ni di PKKKL, bermesyuarat mula 15 hingga 17 Mei 2009. Pagi tadi terjumpa kereta bercallsign 9W2SSQ. Sempat le bersalam kenal............................... memang dah kenal pun.........he he, Saiful @ "POT"

Friday, May 15, 2009

RENUNGKAN............

22 TANDA HARI KIAMAT MAKIN HAMPIR
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sunday, May 10, 2009

Tahniah dan terima kasih.

Tahniah En. Adnan............ kerana dapat Johan! Juga terima kasih banyak atas segala tunjuka ajar................................... kalau tak kerana anda, sy pun tak mungkin dapat hamper juga.

Perlawanan persahabatan "Woodball" dengan JPN Pahang

Hari Jumaat malam tak dapat makan malam bersama dengan rakan dari PKK Perak . Maaf semua rakan......... Sy ada pertandingan persahabatan woodball dengan JPN Pahang di Kangar. HE, he................. dapat le juga hadiah, walaupun tempat ke 12 !


SYABAS!

Tahniah kepada semua rakan PKKPk yang menyertai program kayuhan ke Satun pada Sabtu 9 Mei 2009....... SYABAS!

Tuesday, May 5, 2009

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN HAM SP

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu harmonik saya yang terlibat dalam kemalangan pada 27 Mac 2009.......... Jasa kalian sangat di kenang..... 9W2PKK, 9W2KRC, 9W2AOT, 9W2CRE, 9W2KMC & semua rakan HAM lokalan Sungai Petani.

Nak Cuba Masuk Kejohanan Woodball

Esok ada kejohanan Woodball Terbuka di Dataran Dato Sheikh Ahmad anjuran Rejimen 504. Insya Allah, kalau tak ada aral melintang.....................................akan cuba-cuba try tokai, he he.