Tuesday, November 28, 2017

LOMBOK ..................PASTI AKU AKAN DATANG LAGI

Terasa pulak nak tulis juga entri ini walaupun pada mulanya teman dah buat keputusan tak nak tulis kerana teramat  kecewa dengan trip tersebut. Hanya sekadar ingin mencoretkan kisah trip yang dilalui........... tu saja. Ya la, sekadar nak jadikan coretan untuk ingatan.
Bukan kerana silap perancangan, bukan silap pengurusan, bukan silap destinasi............... tetapi kaedaan yang menentukan. Teman anggap ini kebetulan dan kata orang ....tak ada rezki.

Memang dah rancang awal bersama rakan seperjuangan untuk melancung ke Bali dan Lombok pada 6hingga 11 November 2015. Kalau mengikut rancangan bersama kami akan menempah tiket penerbangan masing-masing supaya semua akan berkumpul di KLIA2 dan penerbangan ke Bali pada 6 Nov. 2015. Urusan lawatan di bali dan Lombok telah ditempah pada Tour Agency di Bali. Dua minggu sebelum tarikh tersebut tersiar berita yang gunung Rinjani, Lombok mengeluarkan asap dan lapangan terbang ditutup, tetapi keadaan kembali pulih pada 6 November. Kami pun membuat keputusan meneruskan rancangan. Teman mengambil AirAsia dari Alor Setar pukul 8.35 pagi dan  tiba di KLIA2 jam 10.00 pagi 6 November. Setelah semua kami berkumpul jam 12.00 tengahari sementara menunggu penerbangan pukul 4.20 petang dimaklumkan bahawa penerbangan dibatalkan kerana Lapangan Terbang di Bali telah ditutup . Cuma salah sorang dari kami dah berlepas dengan perbangan pagi. Dah gelabah habis ler.......... Bincang punya bincang akhirnya kami dapat tukar tiket ke Surabaya jam 7.50 mlm. Pelan B, apabila di Surabaya kami akan meaiki van yang diuruskan oleh Tour Agency ke Bali. Hadoi........ 11 jam rasanya kami atas van. Sampai di Bayuwangi jam 8.00 pagi esoknya.

Kalau ikutkan perancangan awal kami sepatutnya sampai di Lapanganterbang Denpasar pada 6.00 petang 6 November. 7 , 8 Nov lawatan sekitar Bali; 9 November bergerak dan melawat Lombok. Penerbangan pulang dari Lombok pada jam 3.00 petang 11 November.
Memandangkan kami dah lewat sehari tiba di Bali, banyak tempat menarik seperti Tanah Lot, Tegalalang, Uluwatu dan Pantai Pendawa tidak sempat dilawati.

Tengahari 9 November kami meniki feri ke Lombok. Petang barulah daftar masuk penginapan . 10 November masa dalam perjalanan ke tempat yang hendak dilawati kami singgah di Lapangan terbang kerana telah mendapat maklumat Lapangan Terbang telah ditutup. Lagi sekali kami dinasihatkan balik  ke Surabaya untuk penerbangan balik ke KL. Terpaksa le bergerak balik selepas makan tengahari. Menaiki bot laju ke Denpasar, Bali dan menaiki bas pada jam 8.00 malam ke Surabaya.
Pukul 7.00 pagi 11 November untuk penerbangan jam 9.00 pagi.
Emmmm..........teramat kecewa  kerana langsung tak dapat melawat tempat-tempat menarik di Lombok seperti dirancang

Lepak, bincang pelan B setelah penerbangan ke Bali dibatalkan.
Check in semula untuk tukar penerbangan ke Surabaya 😌








17 November .........Singgah sarapan di restoran kat Bayuwangi. dapat le hilangkan letih

Singgah solat subuh semasa dalam perjalanan dari Surabaya ke Bayuwangi. Apa nama masjid ni tah.....



 Tengahari barulah tiba di Hotel Amaris. Lepas makan tengahahari barulah dibawa berlajan sekitar  Denpasar dan Pantai Kuta.



Cantik pemandangan Pantai Kuta. Juga ronda ronda sekitar Kuta




8 November 2015- Desa Batubulan :The Barong and Keris Dance


pusat melukis dan menjual batik 'Popiler Batik Factory'


Ini kat Kintamani. Berlatarbelakangkan gunung berapi Batur



 

 

Melawat Pura Ulun (Rasanya ler)








Minum kopi luwak di Agro Wisata





Dah agak lewat sampai ke pantai Jimbaran. Canti dan menarik menjamu selera semasa sunset dengan iringan bunyi ombak serta muzik tradisional.



9 November 2015: Menaiki feri ke Pulau Lombok




Dah sampai ke Pulau Lombok





Sempat membeli di sini..... "Lombok Exotic"

Penginapan di Batu Bolong

Sarapan kat hotel



Masa ni masih excited kerana belum tahu lagi yang lapangan tterbang ditutup


Singgah makan tengahari kat restoran apa tah

Akhirnya  ke Teluk Nare untuk menaiki bot laju ke Padang Bai (Pulau Bali)


Ini kat Jeti Teluk Nare. Mood dah suram kerana nak kena balik segera ke Surabaya


 Dah sampai di Padang Bai. Dari Padang Bai menaiki van ke Stesyen Bas (tak ingat nama)



Dari Padangbai kena naik bas terus ke Surabaya...... 460 km juga (11 jam). Adoi.
Kena naik feri dari Gilimanuk ( Pulau Bali) ke Ketapang/Bayuwangi. Jarak 4 km juga ler....
Dijadikan kisah suspen apabila bas yang kami naiki rosak semasa dalam perjalanan ke Jeti  Gilimanuk. Kena tunggu lebih  dua jam juga bebelum bas gantian tiba. Tak ceria betul ler member teman yang encem ni.......he he

Ni dalam feri dari gilimanuk ke jeti ketapang. Semua orang dah badmood..............


TAMAT.......
Dah sampai Surabaya tak ada sapa pun tak teringin nak ambil gambar. Ha ha ha

Sekadar kongsi untuk panduan.....

1) Jika buat trip berkumpulan pastikanjangan ada ahli yang mengambil tiket penerbangan berbeza
     masa/tarikh.
2) Kita mungkin beranggapan bila uruskan dengan agensi pelancungan secara pakej menjadikan kita
     lebih relax, tak perlu memikirkan apa-apa & ikutkan jadual yang disediakan. Itu bukan
     dalam   
     semua keadaan. Jika terjadi kes-kes kecemasan, agensi tersebut tidak menyebelahi kita. Mereka  
     lebih memikirkan untung rugi jer.............. & semua kena bayar penuh seperti tempahan asal.
3)  Pastikan telah mengetahui selok belok, buat research sikit tentang tempat yang hendak dilawati. 
     Penting untuk membuat plan B jika berkalu perkara yang tidak diingini.