Wednesday, October 22, 2014

DULU.......... pengisar padi

Seingat teman pengisar padi tradisional ini digunakan hingga tahun 1970. Masa tu belum lagi  ada kilang beras. Pesaah akan menggunakan pengisar ini untuk kisar padi bagi menghasilkan beras.

Monday, October 20, 2014

DULU........pengisaq tepung

Pengisaq tepung............ teringat zaman kecik-kecik dulu teman dok tolong arwah mak kisaq tepung guna benda rupa ni. Zaman tu agaknya susah nak dapat tepung beras, kalau ada pun tepung gandum. Jadi bila nak buat kuih yang guna tepung beras seperti kuih karas kenalah kisaq tepung dulu.  Lengoh tangan dibuatnya tapi seronok punya pasal..........
Rasanya generasi Y sekarang dah tak kenal dan tak tau fungsi benda ni.

APIT TEBU.....

Terkenang masa umor teman 8-12 tahun dulu  (tahun 1968-1973)...... Pernah tengok orang mengguna alat serupa ini untuk perah air tebu, orang tempat teman kata " apit tebu" Alat ini dipanggil pengapit tebu. Dijalankan secara gotong royong macam ada pesta. Orang2 yg menanam tebu akan berpakat untuk mendirikan alat ini dilokasi sesuai biasanya sama ada berhampiran tebu yang hendak ditebang atau berhampiran dengan rumah tuan punya alat ini. Kerja teman masa tu setakat ikut belakang lembu yang berjalan pusing alat tu.......... Gotong royong katakan! Ada orang yang mengangkut tebu, ada orang yang membersihkan batang tebu, ada orang yang mengikis kulit tebu dan ada orang yang memasak air tebu untuk dijadikan manisan. Emmm.......sekarang mana ada dah......