Sunday, May 5, 2019

BROMO PART 3

Kali kedua teman ke Surabaya dan Bromo bersama rakan pejabat termasuk isteri dan anak bongsu pada bulan September 2018. Memang menarik tempat-tempat yang dilawati dan gambar2 tersebut sentiasa teman share dalam group whatsapp keluarga. Balik  sahaja dari trip tersebut jenuh la teman melayan permintaan dari hero-hero. Nak kena rancang trip bersama-sama hero-hero teman.




Ini gambar masa teman bersama isteri dan anak bongsu pada bulan September 2018.











Akhirnya  ini teman letakkan pada anak ketiga untuk merancang perjalanan. Hasilnya trip ketiga ke Bromo ini pada 29 April hingga 2 Mei 2019 kerana harga Airasia yang menarik.... RM380.00 pergi dan balik dari KLIA.  Penginapan juga telah ditempah melalui Booking.com. Kiranya trip melacung anak beranak ......semua hero .hehe



 Hari Pertama: 28 April 2019

Kami bertiga yang akan bertolak dari rumah kenalah naik AirAsia dari Alor Setar ke KLIA pada malan 28 April lagi & berkumpul dengan 2 orang lagi yang bertolak dari Setiawangsa.






Malam tu tidur ala kadar jer kat KLIA2...

 Hari Kedua:  29 April 2019

Setelah sarapan kat Quizin kami terus ke balai perlepasan pada jam 7.00 pagi





Tiba saja di Lapanngan Terbang Juanda kami terus disambut oleh supir, pak Satyeorso dan dibawa ke kereta Innova........ sangat selesa untuk kami berlima.



Dari Surabaya terus menuju ke Bromo dengan harapan tiba di puncak pada jam 6.00 ptg WIB. Singgah sejam di kedai Permata Tangulangin.... siap membeli barangan kulit. Dah asyik shopping, sampai terlupa ambil gambar di Tangulangin ni.  Singgah makan "Rojak  Cingur di kawasan Tangulangin ...........seumur hidup ini le kali pertama makan rojak cingur ni. Ok juga.................hehe  rasa lebih kurang pasembur tapi ramuan dalam tu ada hidung lembu!!!




Hasrat nak singgah juga di Lapindo, kawasan yang ditenggelami lumpur sekian lama tetapi jalan raya memalui tebing ban lapindo telah ditutup. Kami pun terus perjalan ke Bromo. 

Sekitar jam 5.00ptg dah tiba di kaki gunung. Cuuaca redup dan hujan menyebabkan keadaan berkabus dan menghadkan pemandangan, Tiba di Hotel Cemara Indah  tepat jam 6.00 petang tapi tak nampak persekitaran kerana kabus tebal, gelap serta hujan. Kalau ikutkan Hotel Cemara Indah ni berhampiran tebing kawah Bromo. Kami tempah bilik besar 2 katil besar. Lepas daftar  sempat minum & makan di ke cafe dan terus ke bilik. Masa di sinimpun dah ada penjual sarung tangan dan mafla. Manakala di hetel ada menyediadakan sewa jaket.






Hari ketiga: 1 Mei 2019

Jam 2 pagi WIB dah bangun dan bersiap untuk ke puncak bromo. Jeep yang ditempah melalui supir siap menunggu di depan hotel. Kena bertolak seawal mungkin bagi mendapatkan tenpat parking paling hampir yang mungkin dengan lokasi untuk melihat matahari terbit di penanjakan. Setengan jam lebih juga pergerakan dari hotel ke pananjakan 1 Bromo.. Sebenarnya banyak juga view point termasuk bukit cinta dan Seruni point, tapi kami di bawa ke lokasi paling menarik di Penanjakan 1/gunung Batok. Perjalanan dari Hotel Cemara Indah ke Penanjakan sebebarnya melintasi kawah Bromo tetapi keadaan gelap sangat hinggakan  tak sedar kamimelintasi bawasan tersebut. Tiba di lokasi sekitar jm 4.00 pagi sempat juga singgah di kedai  makan di  laluan ke view point. Kebetulan di warung banana tu bejumpa seorang sukarelawan Bulan Sabit yang bertugas hari tu..... Pak Didik.





Jam 5.00 pagi berjalan kaki memanjat ank tangga ke kawasan view point......punya ler ramai orang bersiap sedia menikmati pemandangan matahari terbit dan kawah Bromo. Pemandangan hari ini cantik sangat kerana awan rendah disebabkan hujan pada malam tu.








Memang cantik pemandangan..........
tapi takmungkin kita dapat menikmati kedua-dua pendangan tu kerana matahari terbit di sebelah kiri kita manakala kawah Bromo berada di sebelah kanan.

Lebih kurang jam 6.30 kami meniki jeep untuk turun ke kawasan kawah. sepanjang laluan dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik tapi tak berpeluang berhenti untuk ambik gambar kerana jalan sempit dan tak ada tempat berhenti. Masa ni barulah nampak deretan jeep yang parking sepanjang jalan. Sebab tu supir minta kami bergerak seawal jam 2.30 pagi dari hotel.... supaya dapat parking hampir dengan viewpoint tu.
















Kali ni tak dapat menaiki kuda ke puncak Bromo tu kerana dututup sementara disebabkan baru meletuskan belerang....lokasi tu pun lengang jer.

Atas tu gambar menunjukkan gerai-gerai yang kosong kerana lokasi untuk naik kuda ke puncak Bromo telah ditutup
Seterusnya ke Teletubies dan Pasir Bersisik


⇬ Bukit Tetetubies


🔺 Ada gerai bakso di Bukit Tetetubies

🔺 Di Bukit Teletubies


🔺 Di Pasir Bersisik........  lautan pasir hitam dan berombak halus



 ðŸ”º Satryoso.......Supir pun ikut bersama ke kawah Bromo


 Setelah melawat Pasir Berbisik, terus balik ke hotel. Masa ni barulah dapat menikmati pemandangan sikitar hotel. Memang cantik............ dari balkoni bilik pun boleh namnpak kawah dan gunung Bromo


 ðŸ”º Bersama jeep dan supir yang membawa kami ke kawah Bromo
 Sempat menikmati pemandangan indah di balkoni
Jam 10 pagi setelah sarapan kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Kota Batu. Lokasi utama di Kota Batu ialah makan tengahari di Warung Bamboo Lesehan Sidonulyo, Wisata Petik apel, Muzium Angkut, Pasar Apung, Muzium Topeng, Coban Rais, Wisata Paralayang dan Omah Kayu tetapi masa tidak mengizinkan kami sampai ke semua tempat tersebut.

Pintu gerbang ke Jalan Sidomulyo. Disepanjang jalan ini terdapat gerai bunga dan kebun apel. Warung Bambu Lesehan juga di sini
 Terus ke destinasi untuk makan tengahari di warung bamboo lesehan
Tempat ini sangatmenarik dengan bangunan dibuat dari buluh serta dikelilingi kolam ikan. Makanan pun sedap





Lepas makan terus ke pusat jualan tiket wisata petik apel dan dibawa ke kebun apel yang berdekatan. Kebetulan masa unu bukan masa terbaik untuk menikmati suasana petik apel kerana kebanyakan kebun tidak ada buah. Tapi bagi anak-anak yang pertama kali ke kebun apel nampaknya teruja juga la........ he he







Selesai di Wisata Petik Apel terus saja ke Homestay  Batuque2 Townvilla yang telah ditempah melalui Booking.com. Cukup selesa homestay 2 tingkat dengan 3 bilik tidur untuk kami termasuk supir. Dapat menikmati pemandangan menarik menghadap ke gunung Arjuna. RM235.00 jer



 Pemandangan Gunung arjuna dari tingkat atas homestay



Rehat sekejap dan lepas tu ke Muzium angkut. Dekat jer..........5 minit perjalanan dengan kereta.  Kawasan muzium ni cukup luas meliputi Muzium Angkut, Muzium Topeng dan Pasar Apung. Banyak benda yang menarik termasuk gambar2 3D.............jenuh bergambar. Penat berjalan dan bergambar akhirnya buat keputusan tak masuk ke muzium topeng. Terus balik homestay











































 Lepas tu baru la nak cari kedai untuk makan malam. Hasrat nak ke Warung Wareg  tapi dah tutup. jadi terus ke Warung Bok Sri.








Hari Keempat: 1 Mei 2019
Kerana keletihan kami terlepas untuk menikmati sunrise kat Gunung arjuna.......sepatutnya sunrise jam 5.30 pagi .......he he


 Tu la Gunung Arjuna kat belakang tu.............diliputi awan. Peandangan dari cafe di tingkat atas.

Pukul 9.00 pagi checkout dan menuju ke Surabaya melalui lereng gunung Arjuna. Bukan sebarangan supir yang mahu melalui jalan alternatif ke Surabaya ni. Dapat menikmati suasana nyaman di lereng gunung tapi tak sempat ambil gambar pun.............
Memang jalan agak sunyi tetapi banyak wisata air panas, wisata air terjun dan camp di sepanjang jalan.





Tiba di Pacet, kami singgah Kedai Makan Sederhana untuk minum dan nak cuba makan sate kelinci. Kawasan ni banyak gerai2 sate kelinci


 Orang sini makan sate sebagai lauk (dihidangkan bersama nasi)...........emmmm
Kebetulan besebelahan kedai tu ada orang jual buah durian. Apa lagi.... murah pulak RP100k dapat 3 biji.




Sampai di Surabaya jam 1.00 tengahari terus singgah di pusat beli belah Jambatan Merah. Jenuh ronda kat situ tp tak ambil gambar pun. 3 Jam juga kat situ kemudian ke Madura dengan hasrat nak makan Nasi Bebek Songkem. Supir bawa ke Warung Bebek Songkem Pak Salim  (30 km juga perjalanan)





Lepas tu terus ke Muzium Kapal Selam, Plaza Surabaya dan balik ke hotel untuk mandi dan rehat.







Pukul 8.00 mlm kami jalan kaki ke Plaza Surabaya sekali lagi. Jarak antara hotel dengan Plaza Surabaya lebih kurang 300 meter ja.  Siap makan bakso terus ke kedai dalam tu......... he he he dengan niat nak menghabiskan rupiah



Hari kelima: 2 Mei 2019

 Hari akhir, lepas sarapan di hotel terus chekout dan ke Taman Binatang, kedai cenderamata Cak Ning sebelum ke lapangan terbang







Sekotak juga @ ribu riban ole2...................he he