Wednesday, April 17, 2019

PHUKET & PHUKET BIKE WEEK 2019

Dah lama teman rancang trip bersama rakan-rakan untuk ke Thailand pada bulan April 2019. Setelah bincang, semak tarikh bagai.......kami tetapkan masa, lokasi serta rakan-rakan yang dapat bersama.
Akhirnya kami berlima pilih tarikh yang paling menarik pada 2- hingga 15 April di Phuket kerana pada masa tu ada "Phuket Bike Week" serta pesta "Songkran". Jam 11.00 malam hari khamis 11 April teman jemput 2 orang rakan yang datang dari Selangor menaiki ETS dan turun di stesyen ETS Arau. Lepas singgah minum di Kangar terus ja bermalam di rumah.



12 April 2019: day 1

8.00 pagi: sarapan di restoran tepi sawah, Kg Wang Ulu, Perlis sambil menikmati pemandangan   
                 yang menarik dengan menu peknnga cicah gulai ikan temenung









11.00 pagi: memasuki Thailand melalui pintu sempadan Durian Burung kerana terlalu ramai orang yang memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam. Singgah solat Jumaat di Masjid Darul Hijrah, Pondok Telaga Pinang, Natawi



Selesai solat kami terus ke Hatyai.


 Sampai ja di Hatyai, terus ke Floating market.












Bermalam di Yannaty Hotel (dulunya Hotel Grand Sakura). Malam tu asyik tengok orang siam sambut songkran jela. Tak berani keluar hotel takut kena tembak air.

13 April: day 2

8.00 pagi lepas sarapan terus bergerak ke Phuket. Dalam perjalanan singgah kat Trang Andaman Gateway......... kawasan rehat alat-ala tempat rekreasi dengan perbagai patung termasuk patung gajah.












Sampai di Phuket terus checkin di Hotel FunDee. Hotel ni menjadi tumpuan rider dari Malaysia.


Malam tu berjalan kaki sekitar Bangla Road yang menjadi lokasi tumpuan Pesta Songkran. Ramainya manusia sepanjang jalan tu..........

Di hujung jalan Bangla tu juga tapak Phuket Bike Week.......... meriah.

 
 
14 April:  Day 3
 
 
Sepanjang hari sewa motorsikal dan ronda sekita Phuket
 
 













 

 15 April:  Day 4
Pukul 8.00 (waktu Thai) terus checkout dan terus bergerak untuk pulang. Singgah beli nenas dan juga ketam Andaman di kedai Kok Kloi (dekat jambatan Sarasin). Ni la pertama kali teman jumpa ketam Andaman