Tuesday, September 30, 2014

DULU..........................memukui padi

Masa zaman sekolah dulu teman pernah merasa bagaimana orang dulu membanting padi atau orang  Perlis panggil "memukui padi". Mulanya pokok padi dipotong menggunakan sabit dan dihimpunkan/longgok, orang Perlis panggil "longgok kedap". Pokok padi ini kemudian dibaa untuk dipukui /dibanting pada tong. Orang Perlis panggil "tong mukui". Tong ini terdiri dari tong yang diperbuat dari papan berbentuk bujur telur. Di dalam tong terdapat "tangga" tempat nak banting/pukui tu.  Kredit juga kepada tuan punya gambar ni.....

DULU................usung rumah

Teringat masa dulu.......... Teman pernah lihat orang kampong gotong royong mengankat atau memindah rumah.  Pengumuman diadakan lepas Solat Jumaat di Masjid. Lepas tu ramai-ramai bekumpul di lokasi dan gotong royong. Tuan rumah akan menyediakan jamuan ala kadar termampu, biasanya bubur kacang + roti keping atau biskut kering serta kopi o.
Kredit untuk tuan punya gambar ni....