Tuesday, November 29, 2016

ANUGERAH ini suatu penghargaan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Dan Sukan Jabatan Pendidikan Perlis telah diadakan pada 24 November 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.
 
Ada juga ler satu untuk teman sebagai menghargai jasa-jasa masa teman berkhidmat di Pusat Kokurikulum Perlis dari bulan April 2003 hingga November 2011. Kiranya  8 tahun 7 bulan teman kat situ. Alhamdulillah.......... boleh menjadi satu kenangan.
Kepada yang masih bertugas di Pusat Kokurikulum Perlis, teruskan perjuangan selagi diperlukan.
 


Terima kasih kepada En. Shaharudin Mahmood yang menjayakan anugerah ini.
 
 

Terima kasih juga kepada Cg. Mohamad Sabri Gazali dan Cg. Osman Omar

Sunday, November 27, 2016

INDAHNYA BROMO

Sejak tahun 2010 lagi teman teringin nak sampai ke Bromo seleps menyaksikan satu dokumentari mengenai Bromo masa teman sedang becuti di Jakarta. Sejak itu teman mula membaca, mencari fakta2 mengenai Bromo sehinggalah pada bulan Mac 2016 teman berpeluang merancang satu percutian bersama rakan-rakan yang pernah sama bertugas dulu. Macam reunion rakan-rakan sejawatan ler.....

Setelah semua bersetuju dengan destinasi dan tarikh untuk melancung pada 18 - 21 November 2016 (4H3M) teman terus tempah penerbangan dan penginapan. Alhamdulillah........semua selesai. 
Penerbangan:   Air Asia
Penginapan 18 November 2016:   Hotel 88 Embong Kenongo, Surabaya
Penginapan 19 November 2016:   Hotel Bromo Permai, Bromo
penginapan 20 November 2016: Hotel UTAMI Surabaya
Tempahan hotel semuanya melalui Agoda.

Hari 1   (18 November 2016)


Flight QZ321  bertolak dari KLIA2 jam 8.50 pagi (setelah Air Asia buat perubahan waktu penerbangan). Jadual penerbangan asal pada jan 9.50 pagi. Jadi kenalah teman bergegas awal ke KLIA2. 
 


Penerbangangan mengambil masa  2 jam 30 minit......lama juga. Jadi  teman dah siap preorder nasi lemak pak Nasser.



 Tiba di Lapangan Terbang Juanda Surabaya jam 10.30 waktu Indonesia dan disambut oleh Pak Supir (Pak Setyarso). Orangnya agak pendiam tetapi mengikut saja perancagan kami.
Singgah makan tengahari dan  terus checkin hotel 88 Embong Kenongo







2.30 ptg terus bersiar sekitar Surabaya. Melawat Monumen Kapal Selam ( lebih kurang 500 m dari hotel), Surabaya Mall, Masjid Abdullah Cheng Ho dan terus ke Madura melalui jambatan suramadu untuk makan malam menu yang dihajati Nasi Bebek.

10 ribu rupiah tiket =  RM3.40 jer sorang






 
 
Pertama kali ngadap nasi bebek......best juga tapi diaorang masak seekor itik (goreng atau masak sambal) termasuk kepalanya sekali.


Hari 2   (19 November 2016) 

Setelah sarapan di hotel lebih kurang jam 6.00 pagi,  kami bertolak terus ke Malang untuk melawat ladang apel. Tiga jam lebih juga perjalanan dari Surabaya ke Malang. Pengalaman pertama dapat memetik buah apel yang segar dari pokok. Bayaran masuk lading apel ni 25,000 Rupiah (RM8.40) seorang, boleh makan setakat larat.

           



 



 Lebih kurang pukul 12.00 baertolak ke Air terjun Coban Rondo. Hampir sejam juga perjalanan dari Wisata Petik Apel ke Air Terjun Coban Rondo. Nasib tak menyebelahi kerana hujan lebat setibanya di kawasan wisata tu. Makan tengahari je kat gerai di situ dan tak dapat ke kawasan air terjun.



 Lbih kurang jam 4.30 kami bertolak ke Bromo. Perlajanan mengambil masa 3 jam setengah dan tiba lebih kurang jam 7.30 malam terus ke hotek Bromo Permai yang telah ditembah secara online. Suasana dah gelap jadi tak dapat menikmati pemandangan sekitar hotel. Masa ni kami dikerumuni oleh peniaga yang menjual sarung tangan dan menyewa baju sejuk. Selesai checkin terus berurusan untuk tempah jeep untuk ke Bromo. Alhamdulillah.............pak supir (Pak Setyarso banyak membantu). Kami dimaklumkan supaya bangun seawal 2.00 pagi dan bertolak sebelum jam 3.00 pagi.


 Hari 3   (20 November 2016) 

Kami dah sepakat untuk bertolak jam 2.30 pagi bagi membolehkan jeep mendapat tempat parkir yang paling hampir dengan puncak. Emmm..........memang betul, kami adalah jeep yang kelima terawal sampai. Di belakang jeep kami rasanya ada lebih kurang 30 buah jeep lagi berdasarkan deretan lampu di belakang kami. Kena berjalan kaki lebih kurang 600 meter ke lokasi untuk melihat matahari terbit di Bromo. Oleh kerana awal, sempat le singgah di gerai/kedai makan dn sempat solat subuh. Lebih kurang jam 4.30 pagi terus ke tempat khas untuk melihat matahari terbit. Sepanjang perjalanan dari tempat solat terdapat ramai orang yang menyediakan khidmat sewa baju sejuk dan tikar. Walaupun kami antara terawal tiba tapi dah ramai juga orang sedia dilokasi.
 
Atas: Baru tiba di Hotel Bromo Permai

  
Jam 2.30 pagi dah bersedia untuk bergerak ke puncak Bromo 
  Minum kopi dulu............
 
Teruja melihat keindahan matahari terbit dan mula Nampak kawah gunung bromo
 

 Ramainya orang.........






Lebih kurang jam 6.30 pagi, matahari dah tinggi dan kami turun ke bawah (kawah). Pemmandangan memang cantik dan teruja sekali.

Indahnya pemandangan di sini....

Bergambar beramai-ramai..........inilah kami
 Dari situ kami menaiki kuda untuk ke tangga bagi melihat kawah yang berasap. Cantik sekali pemandangan. Tapi teman tak sampai betul kepuncak kerana tak tahan bau belerang serta terdapat debu belerang.

 Kemudiannya menaiki jeep ke kawasan dipanggil Savana. Kawasan yang ditumbuhan rumput dan pakis serta dikelilingi cerun yang cantik.


 Perut pun dah mula keroncong dan kami buat keputusan untuk terus balik ke hotel jam 9.00 pagi, dan tak pergi ke Pasir Berbisik dan Teletubies.
Setelah sampai hotel dan sarapan barulah bersiar-siar sekitar hotel. Barulah Nampak pemandangan sekitar hotel. Rupanya hotel tu memang hampir dengan kawah Bromo tu.





Pemandangan di depan Hotel.............
Atas ni gambar pemandangan yang teman ambil dari depan Hotel Bromo Permai.
Jam 12.00 tengahari kami bertolak semula ke Surabaya. Singgah kedai barangan kulit di Tanggulangin dan makan tengahari nasi padang. (sori ler  tak ada gambar).
Jam 5.00 petang checkin di hotel UTAMI yang terletak lebih kurang 2 km dari Lapangan Terbang Juanda.

Malam tu sempat ler ke Plaza Sidearjo  beli buah tangan untuk bawa balik.

Hari 4   (21 November 2016)

Tak ada sebarang aktiviti. Lepas sarapan jam 7.00 pagi terus ke Lapangan Terbang Juanda.
Tu pun kerana Air Asia dah tukar masa penerbangan. Jadual asal jan 4.30 ptg di tukar ke 9.05  pagi.
Adusss......   kalau ikutkan rancangan asal hari ni le nak membeli belah di Surabaya.





Dah tempah siap Nasi Padang Uda Ratman....


Info:..........


1.  Supir. / Pengangkutan keseluruhan:   RP 2,000,000    @ (RM670.00) 
Yang tengah tu Pak Setyarso, supir kami selama 4 hari
   



2.  Hotel Embong Kenongo                               Rp 350,000   @  (RM 114.00) semalam

3.  Sewa Jeep Bromo                                         Rp 600,000   @ (RM200.00) sebuah

4.  Hotel Bromo Permai                                     Rp 433,000    @ (RM145.00) semalam

5.  Bayaran masuk Wisata Coban Rondo          Rp 25,000      @ (RM8.50)  seorang

6.  Bayaran / Tiket monument kapal selam       Rp 10,000      @ (RM 3.40) seorang

7.  Bayaran/tiket Wisata petik epal                    Rp  25,000     @ ( RM8.50) seorang

8.  Bayaran masuk Taman Negara                    Rp  10,000      @ (RM3.50) seorang

9.  Tiket masuk Wisata Gunung Bromo            Rp 22,000    @  (RM7.30) seorang

10. Hotel Utami                                                 Rp  358,000   @  (RM120.00) semalam

11. Sewa kuda Bromo                                       Rp  150,000    @ (RM 50.00)  seekor