Wednesday, March 8, 2017

Pakbara, Wang Sai Thung, Hatyai.........

Walau pun teman dah biasa ke Pakbara tapi trip kali ini bersama rakan-rakan yang pernah bersama  dalam tugas amat bermakna sekali. Mungkin akan menjadi kenangan sepanjang hayat. Teman hanya join trip ini yang dirancang dan dikelolakan oleh rakan. Semua kami seramai 16 orang dari seluruh negara bagi meraikan bos yang nak bersara pada bulan Jun nanti.

Hari Pertama  3 Mac 2017

Jam 8.00 pagi dah mula berkumpul di rumah teman untuk sarapan dan taklimat perjalanan.
Jam 9.00 pagi terus bertolak dengan keneraan ke Wang Kelian. Selesai saja urusan dokumen perjalanan terus ke TESCO Satun untu berjumpa seorang pegawai pendidikan daerah Satun sebelum meneruskan perjalanan ke Pakbara.







Sampai di Pakbara lebih kurang jam 12.00 tengahari terus solat Jumaat dan makan tengahari.










Dari Pakbara terus ke Wang Sai Thung yang nerupakan kawasan rekriasi sepanjang sungai. Lebih kurang 50 km dari Pakbara. Sepanjang sungai terdapat banyak pengusaha chalet serta menyediakan aktiviti berkayak dalam sungai.







Riverside In...... memang menarik. Terletak di tebing sungai.menyediakan pakej penginapan, makan serta berkayak. Aktiviti malam memeng terhad dan hanya boleh karaoke ja.

Hari Kedua  ( 4 Mac 2017)

Bangun pagi terus sarapan dan buat persiapan untuk aktiviti kayak menyusur sungai.









Selepas makan tengahari terus bertolak ke Hatyai. Check in di hotel Regency terus saja ke floating maeket.









 Hari Ketiga (5 Mac 2017)

Selepas sarapan terus check out dan balik ke Malaysia ikut Bukit Kayu Hitam