Thursday, February 16, 2017

JOGJAKARTA 2017

Trip melancung ke Jogjakarta pada 8 hingga 12 Februari 2017 telah dirancang sejak Disember 2016. Bermula dengan menentukan tarikh yang sesuai, search tiket Airasia, merancang tempat-tempat yang hendak dilawati seterusnya menempah penginapan secara online. Jenuh ler teman google mencari tempat menarik di Jogja serta tempat penginapan yang sesuai. Bincang dengan rakan-rakan yang berminat. Akhirnya kami 10 orang memang sesuai untuk sebuah van. Memang niat dari awal lg nak menginap di banyak tempat bedasarkan tempat yang hendak dilawati. Pengangkutan juga telah ditempah awal.

Hari Pertama  (8 Februari 2017 / Rabu)

Jam 7.00 pagi dah kena bertolak ke  Lapangan Terbang Alor Setar kerana flight jam 8.15 dari Alor Setar. Tiba di KLIA2 jam 9.15 pagi. Janji dengan semua rakan untuk berkumpul di KLIA2 jam 12.00 tengahari. Fly dari KLIA2 jam 3.15 petang dan tiba di Lapangan Terbang Adisucipto jam 5.30 petang waktu Indonesia. Lewat 30 minit kerana kapalterbang tak boleh landing sebab hujan lebat. Ketibaan kami disambut oleh supir Thomas yang bertindak sebagai guide kami sepanjang lawatan. Terus ke Homestay Pawon Cokelat berhampiran Malioboro Street. Jam 7.00 malam kami ke sebuah kedai makan yang meyediakan nasi padang yang dibawa oleh Thomas. Lepas makan terus saja menikmati
suasana di sepanjang Malioboro Street.


    Suasana di Malioboro Street memang meriah pada waktu malam.

Hari Kedua ( 9 Februari 2017 /**Khamis)

Pukul 3.00 dah bangun kerana 3.30 kena bergerak ke Kaliurang untuk "Merapi Sunrise Tour". Sejam juga perjalanan ke Kaliurang. Sampai di Kaliurang tepat masa azan subuh sedang berkumandang dan kami solat subuh di masjid berdekatan. Selesai solat subuh terus ke Merapi dengan menaiki Jeep. Satu Jeep boleh muat 3 atau 4 orang. Perjalanan memang mencabar kerana keadaan jalan yang berlobang. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kesan-kesan letusan gunung Merapi pada tahun 2010. Sebenarnya di Merapi ni tidaklah menarik seperti di Bromo.
Setelah satu jam kami turun ke lokasi melihat kesan kemusnahan akibat letusan gunung merapi pada tahun 2010. Banyak kesan kerosakan dari tumbunan debu panas gunung merapi dikekalkan untuk dilihat sebagai sebuah muzium.
Kemudian bbergerak ke lokasi yang dipanggil batu alien yang merupakan kawasan yang dilalui lahar gungung merapi,



    Ni dinamakan Batu Alien............ dari jauh nampak macam alien, ada mata, hidung tapi tidaklah
    jelas sangat.


Jeep yang membawa kami dari Kaliurang  ke gunung Merapi. Di belakang tu adalah puncak gunung Merapi. Pemandangan di dini tidaklah secantik di Gunung Bromo Surabaya.
                     Bergambar di kawasan Batu Alien. Di belakang tu adalah sungai yang pernah tertimbus
                     sepenuhnya oleh debu klarva gunung merapi.




Di dalam rumah yang musnah oleh debu Gunung Merapi.  Rumah ini dijadikan muzium bagi menunjukkan kesan kerosakan.


Selepas makan tengahari kami terus ke Chandi Brobudur. Kalau sebelum ini hanya dapat melihat gambar Chandi Brobudur, hari ni teman dapat melihat depan mata. Satu jam juga burerada di Chandi Brobudur sebelum Check in di hotel Tjokro Style Yogjakarta. Keluar makan malam di restoran nasi padang dan terus ke Alun alun Kidul. Supir bagitau Alun alun tu bermaksud tempat berhimpun, Kidul bermaksud selatan. Jadi Alun Alun Kidul beerti tempat berkumpul selatan. Trdapat 2 alun alun iaitu akun alun utara dan alun alun selatan merupakan tempat rakyat berkumpul ketika pemerintahan beraja dulu.
Sekarang ni Alun alun Kidul telah menjadi lokasi masyarakat bersantai pada waktu malam. Kawasan tu sangat meriah dengan gerai makanan, kereta kayuh berwarna  warni serta alunan muzik. Apa lagi kami pun merasa le makan goreng pisang cheese serta jagung bakar. Istimewanya duduk bersila dengan beralaskan tikar.





Hari  Ketiga (10 Februari 2017 /**Jumaat)

Pukul 7.00 pagi terus bergerak ke Chandi Prabanan dan singgah sarapan nasi soto kerana nak merasa sarapan menu kedai makan. Dua jam juga kat Chandi Prabanan sebelum bertolak ke Kotagede. Melawat pasar kotagede sementara menunggumasuk waktu solat Jumaat. Selesai solat terus melawat sekitar dalam Kotagede serta pusat kerajinan perak yang berhampiran.
Tertarik dengan dekorasi ruang rehat hotel  Tjokro Style Yogjakarta...kreatif


Chandi Prambanan dari dari pintu masuk

Dalam kompleks Chandi

Pemandangan dari sisi Chandi

Suasana dalam pasar kotagede

Dalam masjig Kotagede

Dalam kawasan Kotagede

Pintu memasuki Kotagede


laluan ke bilik mandi puteri

Bahagian hadapan masjid Kotagede (1856 - 1926)


Dari pusat kerajinan perak terus bergerak ke pusat jualan barangan kulit Mandin dan terus ke pantai Parangtritis. Pantai yang menarik............tak menyesal ke sana walaupun semua kena bayar.






Bermalam di Astuti Gallery Homestay yang tidak berapa jauh dari Pantai Parangtritis. Memang teruja dengan suasana serta keindahan homestay tersebut.















Hari keempat (11 Feb /** Sabtu)

Lepas sarapan di homestay bertolak ke Kraton dan Tamansari. Pagi tu ambil masa untuk menikmati keindahan suasana Astuti Galery Homestay dan pukul 9.00 barulah bertolak ke Kraton. Berada dalam Kraton umpama berada dalam komplek muzium sejarah silam dan merasi suasana masa itu. Seterusnya melawat Tamansari yang merupakan tempat mandi gundik-gundik raja.
Selepas makan tengahari terus check in ke hotel Whizt Jogjakarta. Petang dan malam adalah aktiviti bebas sekitar Jalan Malioboro. Malam minggu di Jalan Malioboro sangat sibuk dan merih dengan persembahan jalanan, kedai dan kedai serta pergerakan beca kayuh, beca bermotor dan kereta kuda..



Pintu masuk ke Kraton

Menghampiri pintu masuk ke Kraton.

Dewan pameran peralatan muzik

Pintu masuk ke dalam bangunan Kraton

                      Teruja dengan pintu yang berusia beratus tahun ni

                      Salah satu bangunan dalam Kraton



                      Bersama petugas Kraton

I
Ini saja action........... pengusung raja

                      Action juga........pinjam keris dia




Berhampiran pintu masuk Tamansari

Dari atas menara ........melihat kolam madi. Dikatakan dari sinilahraja akan melihat dayang dan gundik mandi. Baginda akan melontarkan bunga kepada gundik atau dayang yang dia berrkenan. Emmmm....


                      Kolam mandi......dari sudut berbeza

                     Kolam mandi.....dari sudut bebeza


 Hotel Whiz Malioboro..........................lokasi yang sangat strategik
 Teratik dengan perhiasan yang simple ini...........tanam padi dalam pasu

   Ni lah Supir yang sangat kai senangi......... Thomas.

 Kesibukan dalam pasar Beringharjo.

 Diluar pasar Beringharjo


 Gambar kenangan kami di luar Pasar Beringharjo

 Restoran Aldunjengiri  (tak pasti betul ke tidak)..... memang terbaik. Terletak di atas bukit menghadap Jogjakarta. Harga pun terbaik!!

                      Siap ada tanam padi huma di atas bumbung restoran.



 Selepas makan tengahari terus bertolak ke lapangan terbang.
Akhirnya bergambar kenang sebelum berlepas pulang. Flight jam 4.45 petang ke KLIA2.


PANDUAN HARGA @ KOS

1.  Sewa van 12 penumpang:  5.5 juta Rupiah  @ RM1,859.00
     Dikira dari perkidmatan menjemput di lapangan terbang terus sepanjang lawatan hingga hantar   
     pulang ke lapangan terbang. Harga juga meliputi 3 buah jeep untuk Merapi Tour.

2.   Penginapan:
      Pawon Cokelat Homestay:  
      Hotel Whiz Malioboro:
      Hotel Tjokro Style:
      Astuti Gallery Homestay:

4.  Bayaran masuk wisata:
     Brobudur:  260 ribu rupiah seorang
     Parambanam:  224 ribu rupiah seorang
     Pantai Parangtritis: 3,750 rupiah seorang
     Tamansari: (tak ingat dah)
     Kraton:  12,500 Rupiah
     Kereta kuda di Pantai parangtritis:  100,000 Rupiah (satu kereda @ 2 orang)