APIT TEBU.....
Terkenang masa umor teman 8-12 tahun dulu (tahun 1968-1973)...... Pernah tengok orang mengguna alat serupa ini untuk perah air tebu, orang tempat teman kata " apit tebu" Alat ini dipanggil pengapit tebu. Dijalankan secara gotong royong macam ada pesta. Orang2 yg menanam tebu akan berpakat untuk mendirikan alat ini dilokasi sesuai biasanya sama ada berhampiran tebu yang hendak ditebang atau berhampiran dengan rumah tuan punya alat ini. Kerja teman masa tu setakat ikut belakang lembu yang berjalan pusing alat tu.......... Gotong royong katakan! Ada orang yang mengangkut tebu, ada orang yang membersihkan batang tebu, ada orang yang mengikis kulit tebu dan ada orang yang memasak air tebu untuk dijadikan manisan. Emmm.......sekarang mana ada dah......
No comments:
Post a Comment