melawat ke Bangkok dan Kanchanaburi, Thailand
pada 26 hingga 30 Disember. Enjoy juga kerana
merupakan kali pertama Teman ke sana.
Dapat le merasa melayari sungai Chao Praya sambil makan malam, melawat River Kwai Brigde & bermalam atas House Raft di Kanchanaburi. Tapi terkilan juga rasanya kerana tak dapat ke Pulau Samui kerana terlewat sampai ke pelabuhan & tak sempat menaiki feri.
House Raft macam ni memang pemandangan biasa di River Kwai..... Depa panggil juga "Disco Raft"..........Em, memang macam disco.............. susah nak lelap mata kerana bising sepanjang malam sampai pagi dengan muzik disco! sepanjang sungai pada waktu malam. Setiap raft dihiasi mengikut kreativiti tuan punya, .................. juga menentukan harga sewaan! Ada yang betul-betul macam disco terapung, Ada yang dua tingkat, ada yang setingkat, ada yang macam restoran terapung..........macam-macam ada!. Puluhan raft macam ni berlayar sepanjang sungai dengan ditarik oleh boat kecil. Mula belayar lebih kurang jam 9.00 malam dan sampai di satu destinasi yang telah ditetapkan lebih kurang jam 2.00 pagi................ Esoknya cerah tak cerah ada boat penjaja untuk sarapan datang menghampiri raft ni.............. Em, yang ni Teman tak sempat ambil gambar. Nak mandi manda & sebagainya kena pulak ke resort tersebut................. kena bayar baru boleh mandi!

kereta api bersejarah ni menjadi lambang sejarah landasan keretapi maut di Kanchanaburi

"Death railway" !!!...............................................
Kat "River Kwai Bridge".............. ramai orang tok tunggu keretapi melintasi sungai ni pada jam 7.00 mlm (waktu malaysia)..........meriah!
Kat belakang tu..................... kedai kedai yang banyak menjual batu2 kristal. Eeeeee........ kalau bawak XYL, nahas!!
Atas Bot menyusur sungai Chao Praya pada waktu malam ......... Huih! pemandangan waktu malam tak dapat Teman nak gambarkan!
No comments:
Post a Comment